Blogger Templates

Friday, June 22, 2012

Apakah maksud mimpi ini?

tit tot..
assalamualaikum..

saya berasa sangat gembira pada hari Jumaat yang mulia ini kerana sepanjang hari tiada kuliah..hihi..=)
akibat keterujaan ini, saya merasakan bahawa semalam adalah hari Jumaat, manakala hari ini pula hari Sabtu..ish3..otak memang fikir mahu relaks2 saja..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

berbalik kepada tajuk entri di atas..semalam saya bermimpi saya bakal dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berambut panjang, mempunyai misai, bertubuh sasa & kulitnya agak gelap..dia berasal dari semenanjung & m'punyai kaitan saudara dengan saya..perwatakannya agak garang..(saya takut dengan orang yang garang) dalam mimpi itu, saya xtau pun saya sudah bertunang..tup2 kena suruh kahwin..yang menghairankan, sejak bila pula saya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu?

saya dapat tahu bahawa lelaki tersebut sudah mempunyai seorang anak lelaki yang sangat comel..rasa macam best ja kalau ada anak secomel budak dalam mimpi tu..hehe..

beralih ke scene seterusnya..-->beberapa hari sebelum majlis kahwin

rumah saya dipenuhi dengan sanak saudara yang bertungkus lumus membuat kerja masing2..
saya dengan lelaki itu pula disuruh membeli belah bersama..semasa dalam kereta, saya rasa agak kekok sehingga agak sukar untuk saya berkomunikasi dengan beliau.so, saya diam sajalah..malas mahu mulakan bicara..time mahu sampai rumah, saya ternampak bf saya lalu..(bf saya di alam nyata muncul dalam mimpi saya..hehe) bf saya nampak saya berdua dengan lelaki yang bakal saya kahwini (encik unknown) itu..apa lagi, muka dia terus marah..pastu saya tengok muka encik unknown..muka dia merah!macam mahu makan orang ja..dia cakap camnie, pergilah dengan bf awak tu!gulp!so scared la..

in the end, saya gtau mummy saya, saya x mahu kahwin dengan encik unknown..tidak kira apa pun yang jadi, saya mahu mummy saya batalkan perkahwinan itu..pulangkan semua barang2 yang diberi termasuk sebentuk cincin yang sangat cantik..

hmmmm...nasib baik cuma mimpi..kalau betul2 jadi, nangis air mata darah lah saya coz terpaksa kahwin dengan lelaki yang garang..hoho..
btw, apakah maksud mimpi ini?@.@




maaf sekiranya saya x mempunyai teknik bercerita yang betul..saya main hentam saja taip ini..x pandai susun ikut kronologi..sorry..
p/s:  ini sekadar mimpi ya..bukan bermaksud saya sudah gatal mahu berkahwin
{khas untuk stalker tegarku}

No comments:

Post a Comment