Blogger Templates

Saturday, September 8, 2012

outing bidang terjun

tit tot..
assalamualaikum & selamat pagi dunia..

sedikit cerita tentang quiz semalam:
semalam ada quiz Phonetics, tapi saya hanya mampu belajar ala kadar saja kerana kurang sihat malam sebelumnya..so, semasa jawab pun ala kadar juga tapi alhamdulillah soalan tidak susah & tidak juga senang sangat..hehe..masa yang diberikan 2 jam, tapi saya siap dalam 30min..lepas itu, tidak tahu mahu buat apa..dalam jam 3 camtu, kawan yang duduk belakang saya berbisik ajak keluar dari dewan..ingatkan mahu minta jawapan tadi..haha!akhirnya, jam 3.05 pm saya & Miss Z meninggalkan dewan kuliah tersebut..^___^

cerita outing bidang terjun:
lepas habis quiz, saya terasa seperti ingin memberikan ganjaran untuk diri sendiri atas penat lelah yang dihadapi beberapa minggu ini <assignment berlambak + quiz> time on the way balik hostel, tiba-tiba pula saya mengidam pisang goreng..tanpa segan silu saya menyatakan hasrat tersebut kepada Miss Z..
saya: Za, jom pergi beli pisang goreng di luar kampus..(sambil buat muka kasihan,hehe)
Miss Z: Bha, jom la..
betapa gembiranya saya apabila Miss Z bersetuju..sampai depan pagar kampus, kami tengok tiada pun mak cik tu berjual..hoho..hampanya..
last2, kami pergi ke Saberkas untuk minum ABC..
outing bidang terjun semalam berjalan dengan lancar sebab pergi dan balik kami menggunakan van..tidak perlu penat2 jalan kaki..hehe...


p/s: gembiranya dapat minum ABC yang super duper sedap..

No comments:

Post a Comment