Blogger Templates

Tuesday, May 1, 2012

Class is CANCELlled & Girlsay out.weehooo!

tit tot..
assalamualaikum..

lama x update entry baru disebabkan malas untuk menaip dan juga ketandusan idea. plus, saya x tahu cmna update apabila blog telah bertukar wajah..hoho..

hari ini barulah ada rajin sikit meng-update.itu pun mengenai apa yang berlaku sehari sebelumnya--> 30 April 2012..hari terakhir dalam bulan April..
yay! cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar mahu pertengahan tahun sudah.

ok..kembali kepada cerita pasal apa yang berlaku semalam.

saya amatlah gembira apabila baca status wakil kelas apabila dia mengatakan bahawa 30 April 2012 tidak ada kuliah di sebelah pagi. Kegembiraan saya hanya sementara coz di sebelah petang pula ada kuliah.adohyai!
tapi tidak apa, yang penting dapat bangun lewat..hehe..^_____^ (senyum sampai ke telinga).

pagi itu saya memang bangun lewat untuk membayar tidur saya sebelum-sebelum ini di mana saya terpaksa tidur lewat tapi perlu bangun awal.huh!

jam menunjukkan pukul 1.30 pm, saya n kawan2 b'semangat pergi ke kafe untuk mengisi tangki yang sangat2 kosong. setelah mission complete, saya berasa sangat gembira..hehe..ok,untuk menunjukkan kami adalah budak baik =D, kami sampai di kelas 15minit awal..sampai kelas, main game kejap..
tengah syok2 men game, classmate kol..

classmate: hello tRah..
me: yes?
classmate: where are you? no class ow..pulai2..
me: ow ya ka?saya di kelas sudah ini..hmmm..xpa lah..ok,saya akan pulang membawa hati yang x berapa gembira balik ke hostel.


time d bilik tv, roommate saya(Miss T) tiba2 ajak keluar pergi POPULAR untuk menghabiskan baucar bukumnya memandangkan hari ini merupakan expiry date baucar tersebut. saya apa lagi, bukan main happy bila diajak jalan..hehe..happy kalau ada $$ la, kalau tiada $$, terpaksalah reject ajakan kawan2 bila dorang bawa outing..=D

jam 3.30 pm, kami 3 se-roommate membawa diri ke dunia di luar kampus dengan menaiki kereta Miss T..weeehoo!at least kalau ada kereta, senang sikit jalan2 makan angin.
Sumber: Mr. Google
destinasi: Popular
destinasi yang x dirancang: Waterfront dan juga Everise BDC

sampai di Popular, saya hanya dapat cuci matalah memandangkan baucar buku saya yang bernilai RM200 sudah habis..Miss T pula x tahu apa yang perlu dibeli..last2, lepas 2 jam di sana, dia berjaya menghabiskan baucar tersebut..at last!^^

lepas penat cuci2 mata, time untuk minum2 pula.
plan mula2 mahu minum2 saja, sekali nampak makanan yang sedap2 belaka itu, terus tergoda!apa lagi, saya order la ermmm..nasi apa entah nama tu..baru sehari saya lupa sudah..ish3, absent-minded betul..lantaklah, yang saya ingat nasi tu nasi goreng yang ada ayam masak sos + coleslaw yang amat sedap!bak kata orang Korea-daebak!hehe
usai makan, sempat juga kami bergosip..inilah masalah perempuan ini..hehe..
pantang ada masa, mesti x akan disia-siakan masa itu untuk bergosip.

siap gosip n lepak2, kami pergi ke Waterfront..yeay!lama x pergi tempat ini..
time tengah duduk2 m'hadap DUN Sarawak, tiba2 ada seorang lelaki cina yang memegang DSLR mengambil gambar kami. ee..menakutkanlah lelaki ini (b'cakap dalam hati)..tiba2 ja ambil gambar kami..lepas ambil gambar, ada jugalah dia cakap Thank You. At first saya ingatkan dia ambil gambar kami bertiga, sekali tengok dia ambil gambar saya seorang ja!!argggghhh!tambah takut saya..

lepas itu, cepat2 kami lari ke tempat.ngam2 ada sale BATA, kami pergilah cuci2 mata again. tenagh syok2 cuci mata, tiba lelaki cina tu datang menyapa saya & dia tunjukkan gambar yang dia ambil tadi. wah!cantik juga hasil tangkapan dia..then, dia minta alamat emel saya supaya dia boleh post gambar tersebut.waseh!x sabar pula mahu tengok gambar itu balik. harap2 dia ingatlah mahu post gambar itu..hehehehe...^____^

ok, last destination--> Everise BDC
Miss T tiba2 ajak main bowling..lama saya x main bowling..kalau main pun, saya bukannya terror pun. setakat masukkan bola ke longkang, boleh lah..hehe..
sesampainya kami di situ (aiseh..), tengok ramai orang..lepas itu, Miss T cakap orang2 yang ada time itu ialah pemain2 Sarawak.ok, baik x payah main coz nanti diri sendiri juga yang malu..so, plan is cancelled.

begitulah aktiviti saya pada hari terakhir di bulan April..selamat tinggal April & selamat datang Mei!=)

















No comments:

Post a Comment