Blogger Templates

Monday, October 29, 2012

Menyambut Hari Raya Aidiladha secara 'double'

tit tot..
assalamualaikum..

Terasa sayu ketika mendengar takbir di TV dan juga masjid yang berdekatan dengan rumah sewa..
Tahun ini genaplah 3 tahun saya menyambut Aidiladha di perantauan..tapi alhamdulillah tahun ini dapat menyambut Aidiladha secara 'double'! bukan orang yang berlainan jantina dengan saya ya, tetapi orang tersebut ialah sepupu saya, Baby..:)

Jom tengok menu ala2 western kami di pagi raya yang mulia & indah..^^
special menu of the day: french fries bha!mna mahu cari..hehe


Sumber: Camera Olympus Baby..hehe..
rasanya first x ambil pics dri Mr Google..

so, apa aktiviti kami pada hari itu?sepatutnya time raya macam ini, pergi ziarah rumah saudara-mara, rakan-taulan, pasangan double kalau ada..memandangkan kami beraya di perantauan, maka apa yang kami lakukan adalah melawat bangunan2 yang membuatkan kami mengorbankan duit2 yang ada..orang lain korban binatang, kami pula korbankan $$..ish3

tempat2 berlakunya pengorbanan duit:
Samarahan-->Emart-->TJ-->SP-->Spring-->Giant-->KIA-->Kuching sentral-->KIA-->Everise-->kembali ke Samarahan..

first time saya jalan2 banyak tempat dalam masa sehari..huh!memang penat la..time sampai di rumah, kaki pun macam sotong sudah & skru sudah longgar..

Sekarang ini jom tengok hasil korbanan duit untuk hari tersebut (26 Oktober 2012)

Sumber: Handphoneku! yeah..1st time guna gambar sendiri..hehe

# kebanyakkan barang2 di atas bukan hak milik saya, tetapi hak milik Baby...hehe..
terima kasih Baby hadiahkan novel itu..=)

Pengalaman baru hari ini: Drive kereta Myvi auto untuk pertama kalinya!weehoo~
bilalah dapat ambil lesen kereta ini?

Sekian saja perkongsian ini..
^__^








Saturday, October 6, 2012

Wonderful Early October

tit tot..
assalamualaikum..

lama tidak buat entri di sini..sebab utama: malas..hehe
sebab kedua pula tiada idea mahu merepek pasal apa..=D
memandangkan sekarang ini ada masa terluang, maka saya meringankan tangan untuk buat entri ini..
ehem2..inilah cerita saya sepanjang awal bulan Oktober..^__^
Jom baca entri 3 dalam 1 saya..


AMARAN: entri ini sangat panjang..almaklumlah, berkurun tidak update entri..
sudahlah panjang, tidak banyak gambar lagi tu..
nasihat saya, tidak payahlah baca kalau tidak sanggup baca entri yang panjang gila ini..=)


4 Oktober 2012
~ Melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

Pada hari itu, ehem2, ramai jugalah kami pergi melawat DUN..adalah dalam 40 orang + 4 orang staf..
pagi itu saya berasa sungguh bahagia coz x payah bangun awal,tiada kelas awal pagi..fuh!nasib baik..kalau tidak, kenalah bangun awal..

Jam 9.20 am bertolak dari kampus dengan menaiki sebuah bas..kira2 jam 9.50 am lah juga kami sampai..eh kejap, betulkah jam 9.50 am?betullah kali kalau saya tidak salah tengok jam..yang penting, kami selamat sampai ke destinasi..=)

jadi, apa yang kami buat di sana?
1. dengar taklimat mengenai sejarah penubuhan DUN
- bermula di Bintulu-bertapak di tempat yang sekarang inilah..lupa nama jalan, nanti kalau saya hentam ja nama tempat tu, ada saya kena marah orang.hehe..so kalau mahu tahu lokasinya, senang saja bha..google search!^^

2. naik turun lif yang serba canggih ke tempat2 yang boleh dilawat 
(tempat persidangan, ruang menunggu orang kenamaan, pergi level 3 kalau tidak silap)
dari level 3 tu boleh tengok Waterfront!time di sini adalah juga feeling2 di KL Tower..hehe,yang kurangnya tiada teropong ja..

3. ambil gambar <--wajib ini, bukan selalu boleh pergi tempat2 macam ini

sumber: Mr. Google


5 Oktober 2012

Hari yang paling ditunggu..kenapa?sebab mahu pergi dinner (Annual Dinner) di hotel bha..hehe..
setiap tahun IPGKBL memang ada buat dinner..so, pelajar2 & lecturer bolehlah berdandan sakan pada hari itu..ehehehe..

tema 2012: Down to Memory Lane

eh kejap, sebelum pergi dinner, ada 1 perkara penting yang harus ditempuhi-->UAK Literasi Bahasa (1 jam 30 minit)
hoho,secara jujurlah saya belajar sikit2 ja..asal ada konon..hehe..sekali time menjawab, tak tahu apa mahu ditulis..nah!padan muka saya..siapa suruh tak belajar kan?so nasihat saya, rajin2lah belajar supaya semasa menjawab nanti ada juga benda yang otak kita boleh browse..

petang tu, sepatutnya saya relaks & cool ja..tapi bila saya tengok semua orang sibuk sudah mahu prepare2 (pergi make up), nah sanalah berserabut otak saya..
orang lain semua pergi make up di salon, saya yang kekurangan bajet ini terpaksalah minta tolong dengan Bonda (staf IPG)..nasib baik Bonda mahu tolong saya untuk make up

fakta: saya tidak pandai bersolek seperti perempuan lain..hoho

Best jugalah malam itu..semua pakai black&white..tiba2 feeling macam hidup di zaman Saloma pula..satu perkara yang pasti, saya suka baju + skirt saya! hehe..
promote kejap 
skirt yang cantik & selesa!selamat mencuci mata & bershopping kawan2..^__^


sampai kampus jam 12am sudah..atukoi!
ingatkan sampai bilik terus tidur, sekali tengok menghadap laptop bah dulu..kira2 jam 1.30am baru tidur..lepas itu tidak sedar pula ada orang mesej..bangun pagi baru sedar..berbunga jugalah hati saya baca mesej tu..hihi..terima kasih awak!


6 Oktober 2012

bangun pagi agak lambat..biasalah kan hujung minggu..
hujung minggu= rehat

jam 2 pm, pergi Pasar Minggu Satok naik bas K8

tujuan pergi Satok:
1. beli kek lapis (semestinya..saya peminat setia kek lapis..hehe)
2. bun dari Mama Bakery
3. jalan2 cuci mata
sumber: Mr. Google
nah pilih2..banyak sayur fresh sini..buah2an pun segar..
kek lapis pun banyak bha..tinggal tunjuk saja mana mahu..=)

inilah cerita saya sepanjang 3 hari pertama di awal bulan Oktober.
semoga hari esok lebih baik daripada hari ini..amin

Selamat Malam!<3
sumber: Mr.Google



Saturday, September 8, 2012

outing bidang terjun

tit tot..
assalamualaikum & selamat pagi dunia..

sedikit cerita tentang quiz semalam:
semalam ada quiz Phonetics, tapi saya hanya mampu belajar ala kadar saja kerana kurang sihat malam sebelumnya..so, semasa jawab pun ala kadar juga tapi alhamdulillah soalan tidak susah & tidak juga senang sangat..hehe..masa yang diberikan 2 jam, tapi saya siap dalam 30min..lepas itu, tidak tahu mahu buat apa..dalam jam 3 camtu, kawan yang duduk belakang saya berbisik ajak keluar dari dewan..ingatkan mahu minta jawapan tadi..haha!akhirnya, jam 3.05 pm saya & Miss Z meninggalkan dewan kuliah tersebut..^___^

cerita outing bidang terjun:
lepas habis quiz, saya terasa seperti ingin memberikan ganjaran untuk diri sendiri atas penat lelah yang dihadapi beberapa minggu ini <assignment berlambak + quiz> time on the way balik hostel, tiba-tiba pula saya mengidam pisang goreng..tanpa segan silu saya menyatakan hasrat tersebut kepada Miss Z..
saya: Za, jom pergi beli pisang goreng di luar kampus..(sambil buat muka kasihan,hehe)
Miss Z: Bha, jom la..
betapa gembiranya saya apabila Miss Z bersetuju..sampai depan pagar kampus, kami tengok tiada pun mak cik tu berjual..hoho..hampanya..
last2, kami pergi ke Saberkas untuk minum ABC..
outing bidang terjun semalam berjalan dengan lancar sebab pergi dan balik kami menggunakan van..tidak perlu penat2 jalan kaki..hehe...


p/s: gembiranya dapat minum ABC yang super duper sedap..

Saturday, August 4, 2012

cinta x mengenal hari..

tit tot..
assalamualaikum..

mata bengkak?sy hanya mampu m'jwb "bengkak ka?t'lebih tidur rsanya..."
tapi yang sebenarnya biarlah sy & Allah saja yang tahu.
semoga saya redha dengan keputusan ini & dapat teruskan hidup..

baru beberapa hari, tapi awak sudah mempunyai pengganti..
pasrah sajalah...
semoga berbahagia..=(


Feeling Alone

Wednesday, July 25, 2012

Break fast with friends

tit tot..
assalamualaikum & happy fasting..

Pejam celik,pejam celik, hari ini masuk hari ke-5 kaum muslimin & muslimat menjalani ibadah puasa..
x terasa, cepat betul masa berlalu..

Semalam saya berasa sangat gembira kerana dapat berbuka puasa dengan kawan2..kami makan bersama2 di dalam bilik saya..that moment is very special coz apabila berkumpul macam tu, terasa macam berada di rumah pula..walaupun x dpt berbuka puasa dengan family, orang Sabah cakap " sungkai" / sungkey (S'rwk), saya tetap berasa b'syukur sebab dapat sungkai dengan kawan2..^___^

akhir kata, Selamat Berpuasa kawan-kawan..=)

source: Mr.Google

Saturday, July 14, 2012

tiring day

tit tot...
assalamualaikum..

yeah!this morning I woke up early in the morning,as if today I have to attend class..
bangun awl pg coz mahu bagi sokongan moral dengan Mr.M..wah!lama x cita sal Mr. M dlm blog nie..hehe,sj ja xmo bagi da famous...kwang3!pagi td Mr.M ada perlawanan hoki..

wah!first time sy tengok perlawanan nie..langsung tda idea cmna permainan hoki nie..oh sgt kasian diriku nie..
dri jam 7 am-1.30 pm sy terperap di Stadium Hoki Negeri Sarawak..best jg la coz at least x la sy jd spt katak di bawah tempurung..hehe

dri jam 1.30pm-7.10 pm pula saya berjalan2 dengan 4 org kwn pmpuan..girls day out again la..gembira sgt walaupun skru kaki mcm mahu t'cbt..tp demi jln2 mkn angin, sy rela..

to Mr. M, all the best for tomorrow..^___^

Sunday, July 1, 2012

It's weekend..^__^

tit tot..
assalamualaikum..

yeah!I love weekend..Weekend is the most perfect time to go outing and get some fresh air..
memandangkan kemarin saya terperap ja dlm bilik lepas gotong-royong,hari inilah hari yang amat sesuai untuk melepaskan gian..hahaha!destinasi hari ini: Satok-India Street...

x perlu ditanya saya pergi outing guna apa...semestinya bas K8 yang banyak berjasa..inilah nasib orang yang tiada lesen dan juga kenderaan..sabar ja..hari ini penat saya n Miss Z tunggu K8...hampir 30 min juga kami duduk di perhentian bas..sampai mahu putus asa sudah tunggu..demi outing,saya gagahkan juga diri ini untuk menanti dan akhirnya kami sampai ke Satok pada jam 11..

sampai2 ja, tangki minta isi..so, we decided to have our brunch at SCR..weehooo!lama x makan di SCR..
Chicken fillet rice RM 7 + Orange juice= RM 11.30 ^^ 
Me like it!

Setelah isi tangki, saya 'heret' Miss Z pergi Pasar Minggu Satok..cuci2 mata..hehe..
lepas jalan2, terus pergi beli peppermint ice cream..tiba2 terjumpa dengan blogger ini--->Kak Zie :)
sangat terkejut coz x sangka dapat jumpa..tapi saya x berani tegur..
ok,next destination..India Street!
How to go there?It's simple bebeh!sekali lagi perlu naik bas atau van sapu..tambangnya cuma RM1..murah kan?hehe..kalau rasa mahu exercise boleh juga..jalan selama 20 mins la..berpeluh juga kalau jalan kaki dari Satok-India Street..hehe

tujuan utama pergi India Street adalah untuk tukar charger yang tersalah beli n x ngam..
jalan punya jalan, terbeli pula novel ini: Rasa Paling Indah- Durrah Fatiha


mula2 mahu cari 'Kahwin Ganti' atau 'Kampung Girl', tapi sales girl itu bilang tiada stok sudah..hoho..beli ja lah rasa paling indah..:)

seronok dapat jalan2..hope that next week boleh jalan2 lagi selagi belum ada assignment..
ok, mahu sambung baca 'kitab' baru..hehe..
good day.