Blogger Templates

Friday, August 26, 2011

perkara yang melemahkan semangat..

tit tot..
assalamualaikum..

hari ini 26 ogos 2011, akanku ingat dalam ingatan kerana satu perkara saja..walaupun SATU perkara, sudah cukup melemahkan semangat saya untuk balik raya dan membuatkan saya bartukar dari kurang ceria kepada lebih lebih kurang ceria..ya la, saya bukanlah seorang yang periang macam orang lain..hoho..

apakah satu perkara yang membuatkan saya lemah semangat itu???
bukan pasal saya jumpa "H" atau saya ternampak siput pandai jalan laju..bukan2..ok, dipendekkan cerita ya..

dua perkara yang menggangu emosi saya:

1. harga tiket yang melampau2..

semalam saya terima panggilan dari abah saya, dia tanya saya pasal tiket balik raya ini..ya la, tolak hari ini tinggal 3 hari ja lagi para muslimin & muslimat akan menyambut hari raya..mahu tahu ka berapa harga tiket saya??RM 500 untuk 1 way saja...salah saya juga sebab lambat2 beli tiket..sekarang ini, pandai pula merungut..padan muka..
aduh!mampus aku..kalau lah saya beli return, gerenti tidak makan la saya untuk beberapa bulan & akan dimarahi oleh abah saya..tduit untuk beli tiket itu bukan duit saya, so kenalah jimat2 juga..abah saya bukannya kaya macam bill gates atau sultan brunei..lagipun, itu duit dia, so saya tidak boleh lah selalu membebankan parents saya..

hmmm...nasib2..susah juga kalau belajar jauh2 ini.kalau belajar di tempat sendiri, merungut juga..kononnya bosan la asyik terperap di negeri sendiri saja..apatah lagi kalau belajar di negeri orang..ambil contoh yang dekat lah, sarawak. baru sarawak.(sabah-sarawak)..kira ok la.. daripada menimba ilmu di negara mat salleh..lagi matai..

pengajaran: kalau tahu mahu balik itu, rancanglah perjalanan itu baik2..jangan beli tiket last minit <bak kata pensyarah saya>




2. melawat tempat menggerunkan??
petang semalam, saya text abah saya..saya mahu minta izin dia untuk beli tiket untuk balik sarawak..bayangkan, setiap hari saya akan menziarahi laman air asia, mas, mas wings untuk buat comparison mana satu lebih murah..our message (father & daughter):

me: abah, tiket 4hb habis sudah...yang ada pun 3hb..boleh ka??
abah: hmm...2 hb kita mahu p jalan2 nie..
me: ow...
abah: u balik lah 5 hb
me: mana boleh..5hb itu kuliah sudah
abah: tidak apa, pontenglah..nanti tulis surat
me: tidak mahu la..ini bukan macam sekolah..
abah: suka hati kau..

pening kepala lepas mesej ngan abah..dalam dilemma ini..mahu balik 3hb (sabtu), 4hb (ahad), @ 5hb (isnin)
kalau balik 3 hb, saya kena transit pergi bintulu..lama pula transit itu..
4hb pula, tiket mahal..malam baru sampai hostel
5hb, hari kuliah..kalau tidak hadir kuliah, siap la...nanti date ngan HEP..

last2, saya tidak tahu mahu buat apa...tiba2 saja kaki saya melangkah ke tempat yang menggerunkan..bincang punya bincang, saya tidak dibenarkan untuk balik 5 hb..so, sekarang ini tinggal dua pilihan lah..(3/ 4)..masih berfikir lagi ini...aduh!!susah betul..


apa pendapat kawan2??mana satu patut saya beli??
ok la itu sahaja yang mampu saya tulis..

Sunday, August 14, 2011

angin menderu...

tit tot...
assalamualaikum semua..

jam sudah menunjukkan pukul 1.32 AM. tapi mataku masih juga bersemangat..walaupun mata belum mengantuk, kepala ini sudah tergoda oleh bantalku dan katilku..namun,aku tetap belum tidur kerana emosi yang kurang stabil dan diserang oleh banyak assignment yang banyaknya macam platun semut-semut di dunia ini.. ish3..hiperbola betul la.

      entri ini tidaklah memberi pengetahuan kepada pembaca2, just luahan hati saya saja. ya la, tidak tahu & tidak mahu luahkan dengan sesiapa kan.. terpaksalah luahkan dengan blog yang tidak bernyawa ini. 

baiklah..masalahnya adalah saya berasa geram dengan Mr M sebab dia telah memberikan harapan yang tidak pasti kepada saya. saya faham dia itu busy 24/7.janganlah janji mahu ajak saya keluar kalau dia tahu dia itu busy. saya betul2 rasa kecil hati dan geram jugalah bila orang itu janji mahu keluar tapi last minit cancel pula.sudahlah saya sanggup batalkan plan saya untuk keluar dengan kawan saya semata-mata demi dia.haish! tidak tahu untung betullah orang2 macam ini. bila dia sms, saya reply pendek2 saja sebab angin sudah bertiup dengan kencangnya. lepas itu, saya siap minta dia tinggalkan saya lagi..huh!langkah yang amat "bijak"!

          nasihat saya, kalau anda menghadapi masalah dengan pasangan anda, jangan biarkan emosi mengawal pemikiran anda. just biarkan hal tersebut berlalu. esok lusa okay lah 2..

tips-tips menghadapi sindrom angin menderu:
1. dengarlah lagu kegemaran anda ataupun lagu2 yang menenangkan
tadi semasa saya tengah hot, saya dengar lagu ini
- nadhira (tear us apart)
- the click 5 (don't let me go)

2. minum air sejuk banyak2..rasionalnya supaya dalam hati pun sejuk..haha!!

3. log in to facebook..chat la dengan kawan2 anda..post something yang anda rasa boleh tarik ramai pengomen yang tidak bersijil

4. makan! yeah!makan saja apa yang ada di atas meja itu..tapi jangan sampai telan pil ya..

5. tengoklah movie korea..tengok muka pelakon2 korea yang handsome2 & comel2 belaka itu

kalau masih juga tidak okay, lebih baik tidur sajalah..kalau esok2 tidak okay juga, berdoa sajalah ya..^_^



perkara-perkara yang saya sedari sejak kebelakangan ini:
- walau macam mana sekalipun kita berusaha menjaga perasaan orang lain, orang itu tidak akan pernah menghargai apa yang telah kita lakukan. sebaliknya, perasaan kita yang terabai dan terluka

- time sudah couple, terasa mahu single balik. tapi kalau time single, rasa sunyi pula. lepas itu, cakap macam ini " kan bagus kalau saya ada bf". ish3..manusia2

-semasa kita berada dalam kesusahan, time inilah kita boleh lihat siapa kawan suka & duka dan berapa ramaikah kawan yang sebegitu

- menjaga sesuatu hubungan itu tidaklah mudah, terutamanya boy-girl relationship..

- dalam hubungan percintaan, kalau kita buat salah sikit saja pun akan menimbulkan konflik..so, berhati2 lah di jalan agar hubungan itu berkekalan & terpelihara

taip blog ada masa pula, tapi tiada masa untuk buat assignment..aduh! apalah mahu jadi dengan saya ini???
jangan jadi seperti saya ya...^^
ok lah..saya mahu tidur dulu ya..nanti tidak terbangun pula untuk bersahur..selamat malam semua..
 kepada para muslimin & muslimat:
      selamat menjalani ibadah berpuasa..

Thursday, August 4, 2011

hari keempat berpuasa..

tit tot..
assalamualaikum semua..

pertama sekali sy ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi kaum muslimin dan muslimat..
pejam celik,pejam celik..hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa..so, macam mana kamu jalani ibadah puasa tahun ini?adakah ianya lebih bermakna ataupun sebaliknya??

sebenarnya, sy ingin meluahkan perasaan yg agak cekewa ini..begini ceritanya ya..hari ini, sy tidak pergi ke Bazaar Ramadhan..sebab sy sudah plan berbuka di kafe dengan kawan2..(Miss E & Miss Pinky)
sudahkah petang ini hujan, tapi sy bersyukurlah juga coz x la sy berasa panas and berpeluh macam baru balik dari sauna..pas2, hujan pun tidaklah lebat sangat..jam 6.30 pm, kami bertiga pun mulalah mengheret kaki pergi ke kafe kampus ini..excited ini mahu berbuka puasa d kafe,hmm...sekali tengok..waseh!!panjangnya barisan..even pelajar yg x puasa pun sibuk jg berbaris..tolonglah consider orang-orang yang berpuasa nie..adeh!x cukup ngan barisan yg mengalahkn perbarisan 2, menu yg disediakn pun x memuaskan..macam tiada selera ja mahu makan lepas tengok menu 2..
 " menu hari ini: nasi ayam steam & roasted"..inilah yg tertulis di papan putih dekat kaunter kafe..aduh!sedihnya..time ini barulah rasa menyesal coz x pergi bazaar..& mahu pulang ke rumah berbuka puasa bersama family..

keistimewaan berbuka puasa bersama family:
~x perlu memeningkan kepala mahu makan apa untuk berbuka coz cuma perlu cakap ja ngan mummy apa yg sy mahu makan..hehe..
~ x perlu keluarkan duit, parents yg keluarkan duit..fuh!save duit sy..
~dapat bergosip sekejap time berbuka 2...hehe...

so, kesimpulannya sy berbuka tadi makan nasi + ayam masak kari + sayur..minuman pula sky juice super not sweet la..

hmm..rasanya sampai di sini sajalah sy merepek..x tahu mahu taip apa sudah ini..mata pun layu sudah & katil pun memanggil2..selamat malam semua..jangan lupa bangun sahur ya..

selamat menjalani ibadah puasa..^^

Wednesday, July 27, 2011

Pelli-chupulu

tit tot...
assalamualaikum semua..

Good day everyone. So, how's your day? Is it fun or stressful? No matter what it is, I want to wish happy working for those who are working; have fun in your studies to all the younger generation.

Wow! What is pelli-chupulu? Can you guess? For those who can guess it correctly, CONGRATULATIONS!! Yeah! You have won a candy.:P Hooray! Enough with the crap, Athirah. Just get to the point, do not waste other people's time reading nonsense that you post.

Okay3. Actually, I got this term Pelli-chupulu from a book entitled " The Mango Season" written by Amulya Malladi. In this story, Priya, the main character is going into an arranged marriage a.k.a. pelli-chupulu. Basically, she herself does not want to get an arranged marriage because she already has an American boyfriend or you can call him as her fiance- Nick. Priya is really against this ceremony, so she keeps complaining about it.

Hearing the complain from Priya, definitely Sowmya (Priya's aunt) will feel offended since she has been through this ceremony for the 65th time. Can you imagine that? 65? Isn't it too many? Personally, I think that Sowmya is very choosy. This is because, she has seen 65 person. Why doesn't she just choose  one of them? I believe that there is one person who can suit her taste. Furthermore, Priya's future partner is much more handsome, educated and rich than the person whom Sowmya going to meet. For sure, Sowmya will be jealous of it. Poor Sowmya. Hopefully you can find the perfect match for you before you turn into fifty. By that time, you are too old and not beautiful anymore to wear the beautiful saree. Yes?

I think that's all I want to write. My brain needs time to rest. Adios. Have a good day everyone.^^

p/s: this is actually the task which my Es lecturer asks us to do..hehe..it just an opinion..

Tuesday, July 26, 2011

Monday, July 25, 2011

sDn bHd..

tit tot..
assalamualaikum semua..

hmmm...hari ini sy rasa hidup nie macam kosong ja..kenapa arh??Mr. M ada juga la mesej tadi, tapi itu pun kejap ja..then, dia bz sudah..hoho..tinggallah sy sorang2 di cnie xtau mo buat apa..

source: Mr. Google
roommate pun belum balik lagi nie..mo katakan tiada kerja, tipu la kalau sy nie tiada keja..assignment 2 bertumpuk macam ikan basung sudah..sy saja yg malas mo buat..biasalah, last minit baru ada energy yg super duper untuk buat..<bilalah mo bertaubat nie??>

tiba2 ja hari nie sy rsa emo..tapi sikit2 ja la..x byk pun..mo tahu ka kenapa sy rasa macam nie??kalau kitak sik mok tau,eboh ja..hehe..kalau sudah berseorangan dalam bilik nie, mestilah bosan kan??hmm..tiba2 ja sy rasa ragu2 pasal hubungan sy ngan Mr M..ya la, dia sentiasa bz..walau macam mana bz pun dia, sy kenalah faham kn??xkn la mo dia sms @ call sy 24 jam/ 7..melampau namanya 2..pas2, kalau dia buat macam 2, sy juga yg complain nanti kebosanan..serius lah tahap kebosanan sy hari nie melampau2..xtau mo buat apa..

hati kecil nie tertanya2

source: Mr Google
coz belum berjaya upload pics dari album sendiri...hoho..
 adakah Mr M betul2 ada hati a.k.a sayang ngan sy??atau semua nie cuma mainan dia saja??haish!sebab nie la sy xmo kapel2 lagi..bikin sakit kepala ja..sakit kepala ok sikit, kalau sakit hati??dR yg ada pHd 2 pun susah untuk sembuhkan..pas2 nanti, adalah orang 2 tidur bertemankan air mata..then the next day, bangun2 ja tengok mata macam bola golf uda..malu lah kalau mata sudah kritikal macam 2..mesti tiada semangat mo buat apa2 especially kalau p kuliah..huh!

kalau ada bf pun kadang2 sy rasa macam tiada ja..mana taknya, hp 2 sunyi ja..bagus x payah ada hp..fungsi hp time2 line diam ja nie adalah untuk tengok jam berapa and sebagai alarm clock..yg lain 2 tiadalah..kalau hp sy menyanyi pun, itu mummy sy yg call..Mr M selalu call tengah malam ja..ya lah, dia kn bz..hoho..dulu time mula2 kapel, setiap hari dia akan call..x pernah miss..tapi sekarang nie,hmmm..sorry ya Mr M,sy bukan mo mengutuk kamu, sy just buat perbandingan ja..^^

apa2 pun yg bakal sy hadapi sepanjang sy bersama Mr M, sy berharap la sy berjaya menempuhi dugaan2 tersebut ngan sabar..pas2 berjaya dalam perhubungan nie..amin..^_^

to all readers:
~do not feel down or bored k??enjoy your day..if you have problem, share it with your friends or family..do not ever keep it by yourself..
take care..

Sunday, July 24, 2011

bercinta..

tit tot..
assalamualaikum semua..selamat pagi ^_^

tengok la tajuk entri nie..<excited2> 19 tahun sy hidup di dunia nie, x pernah2 sy post entri pasal cinta2 nie..xtau la ribut atau angin apakah yg melanda pagi nie sampai sy mahu post pasal entri nie..hmm..??

pertama sekali, sy tiada niat mo menunjuk2 pasal apa2 yg bakal sy ceritakan nie..sy cuma mo share ngan orang2 saja..ya lah, mana lah tahu kamu berada dalam keadaan yg sama ngan sy kan?hehe..

setelah hampir 1 tahun la juga sy hidup single mingle jingle nie..tup tup dapat pula kekasih hati yg baru..bukan apa, sy rest selama 1 tahun 2 pun sebab sy tiada mood mo couple2 nie..tapi entah kenapa time Mr M nie luahkan perasaan dia, cepat ja sy terima..mayb because ayat2 dia jiwang karat kali..hihi..sy kenal dia selama 1 tahun la juga..bukannya baru kenal terus couple2,ok..

ketahui pasal Mr. M
~ baik hati
~ penyayang
~ caring
~penyabar
~ berasal dari utara..,<hmm..jauh 2>
~ tinggi + kurus 

      kalau cakap pasal cinta nie, x semua percintaan 2 berjalan ngan lancar saja kn?mesti ada dugaan2 dalam sesebuah percintaan 2..lidahkan lagi tergigit, apa lagi dalam bercinta nie..betul ka peribahasa sy 2??hmm..hentam ja la..pendekkan cerita, setiap percintaan yg normal mesti ada pergaduhan dan perselihan faham..tapi apa yg best lepas bertengkar 2, kita akan rasa lebih dekat plus terasa diri nie lebih disayangi dan menyayangi..^_^..percayalah..nie lah apa yg Mr M gtau sy and apa yg sy rasa setiap kali kami bertengkar..kami bertengkar sekejap ja coz sy x tahan la mahu gaduh2 nie..kalau dalam perhubungan kamu orang going smooth ja, x best 2..1 hari nti kalau salah satu diantara kamu MALATOP, hmm..naya la..gerenti lebih dahsyat dari letusan gunung berapi..so, nasihat sy, hargailah perhubungan anda..

perkara penting untuk mengekalkan sebuah hubungan;
- saling percaya
- tidak wujud ego dalam diri masing2
- jangan buat keputusan semasa emosi anda tidak terkawal

tQ Mr M sebab sentiasa sayang ngan sy and bersabar ngan tingkah laku sy..biasa la kn, setiap orang ada mood swing, apatah lagi sy nie yg cuma manusia biasa..Mr M banyak ajar sy pasal kehidupan nie melalui pengalaman dia..apa2 pun, sy berharap sangat hubungan kami kekal..amin..
kalau jodoh x akan ke mana..kn3?? =)

selamat berhujung minggu!^^