Blogger Templates

Sunday, September 25, 2011

~kucingku~

tit tot..
assalamualaikum..

hari ini saya buat entri khas untuk kucing saya <erm,actually bukan kucing saya pun,kucing adik saya..hihi..> yang comel..

nama diberi: Comot @ Gendot
sejarah di sebalik nama: first day ambil Comot dari seorang mak cik ini, muka + badan dia memang comot..oleh itu, mummy saya panggil la dia comot..Fyi,sekarang ini Comot tidak comot lagi..dia rajin bersihkan badan dia..
umur: erm, 3 tahun kali..
makanan kegemaran: ikan basung & mayonnaise




Saturday, September 24, 2011

makanan??

tit tot..
assalamualaikum..

macam mana dengan hujung minggu korang??ada pergi jalan2 makan angin / spend time dengan family ka??
hmmm..hujung minggu saya biasa saja minggu ini coz tiada pergi mana2. <biasa la hujung bulan kan,tiada duit>
hoho..niat mahu pergi tengok wayang pun terpaksa ditangguhkan..aduh!nasib badan la..tunggu la awal bulan oktober, baru buat movie marathon!yeeha!

berbalik kepada title entri ini ---->makanan..ya,makanan

apa cerita pula dengan makanan ini??actually, sejak kebelakangan ini saya mengidam mahu makan macam2 la.setiap hari saya mengidam makanan yang berbeza-beza

Isnin: ABC [ abc tu mesti abc yang dari tempat khas, cuma beberapa orang saja yang tahu di mana tempat saya selalu makan ABC]..
...bukan gambar sebenar ABC yang saya idamkan..


Selasa: ice-cream perisa mint

Rabu: Nasi goreng (NG)..nasi goreng apa2 ja la, asalkan nama dia nasi goreng..kalau mahu tahu, saya memang "hantu" NG la..

Khamis: McD..aduh!lamanya tidak merasa makan McD

Jumaat: Ice-cream lagi! & durian.. kali ini mahu mat kool icy grape la pula.. 

sumber: Mr. Google..
Sabtu: PIZZA!! saya ternampak kupon piza yang ada dalam dompet, tiba2 teringin pula mahu makan..tambahan pula, Miss E sebut pasal piza ini,huh!membuak2 perasaan mahu makan piza ini..
bila la hajat2 ini tercapai??

hatiku hampa..

tit tot..
assalamualaikum..

huh!saya hampa..semalam kan saya ada tulis entri pasal mahu makan durian kan??kalau mahu baca, click sini..
hari ini saya betul2 excited mahu ambil durian tu..sekali tengok pak cik tu tiada pula..aduh!hampa gila2..tapi,sabar saja la..hmm..




di mana la buah durian ini??

testing upload gambar..


kucing yang comel..^^

Friday, September 23, 2011

kegemaran gue:1. rambutan

tit tot..
assalamualaikum..

yeah! hari ini saya sangat gembira coz akhirnya setelah beberapa hari mengidam makan rambutan (Nephelium Lappaceum), akhirnya pada 23 september 2011 ini saya dapat juga merasa nikmat rambutan..^_^
beberapa hari yang lalu,asal lalu tempat jemuran, mesti tengok pokok rambutan yang berada di luar kawasan kampus..hoho..apakan daya, mata hanya mampu melihat..namun, mulut tidak dapat merasa sehingga la ke hari ini..alhamdulillah..

sedikit cerita macam mana saya boleh dapat buah rambutan ini:

sumber: Mr. Google
.
.
.
.

petang tadi saya dengan roommate pergi di gerai belakang kampus..tiba2 nampak ada orang jual rambutan..hah!apa lagi..rezeki sudah ada di depan mata, sambar la..hihi..mata tidak berkelip lepas nampak rambutan depan mata..waseh! sebelum beli tu, kena la tanya harga dulu kan?silap2 tidak dapat bayar pula nanti..biasa la,hujung bulan sudah..

RM3 seikat??hmm,mahal @ murah?
pada pendapat saya, mahal la rm3 seikat..kalau di Sabah, rm1 saja seikat..haish!kenapa la saya suka membanding beza kan?<wujud ka perkataan ini??>hentam saja la..rm3 pun rm 3 la..yang penting dapat makan..sukanya!!yang tidak sukanya, saya beli rambutan tu sekali dengan semut2 hitam..huH!nampaknya malam ini saya ada tetamu la..(semut2 hitam)

lepas beli rambutan itu, sempat lagi order durian dengan pak cik itu untuk esok hari..hehe..hari ini rambutan, esok durian pula..kalau hari2 macam ini, memang sah la saya sihat..^^
    semoga pak cik itu ingatlah untuk bawa durian esok,amin.


sedikit info tentang rambutan:
1. mengandungi karbohidrat, protein, lemak,vitamin C

2. melicinkan kulit

3. sembuhkan demam

4. jenis2 rambutan: rambutan budak sekolah, rambutan gula batu, rambutan kawin



tidak sabar mahu makan durian esok..yeeha!!
selamat malam..

Tuesday, September 20, 2011

# 1: a day meeting with different types of people with my roomie

tit tot..
assalamualaikum..diharapkan agar semua penduduk di muka bumi ini berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah swt.

kisahnya bermula dengan pengembaraan dua orang gadis(tRah & Miss Z-roommatenya) ke bandar.
 plan: tengok movie "Karipap-karipap cinta" (yang sudah basi ditayangkan di pawagam) pada jam 12.10pm

1. menunggu bas
lumrah kehidupan seorang pelajar yang menetap di hostel, hidup dengan sederhana dan serba kekurangan. kami ini bukanlah berasal dari Kuching, so, kalau mahu mengharapkan ihsan saudara-mara di sekitar Kuching ini, minta maaf sajalah. kena BERDIKARI, ok. xpa2, bak kata pepatah,"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". begitulah yang dilakukan kami. dengan hati yang berbunga2, kan mahu p tengok wayang, happylah. kami tunggu bas di stesen bas.

jam 11.30 am kami sudah ready duduk & tunggu bas. sambil duduk2 itu, adalah orang2 yang mengurat. (mengurat roomie saya ok sebab hari itu dia macam artis tahu)

perbualan antara roomie:

saya: Z, macam mana ini? macam tidak ada bas saja.hoho
Miss Z: hmmm...saya pun tidak tahu.
saya: aduh!terlambatlah kita tengok wayang ini. kalau macam ini, kita tengok wayang jam 2.30 la. sampai ja di tempat itu nanti, kita beli tiket then makan la dulu.tangkiku sudah lapar ini. :D
Miss Z: hah! ok la.saya ikut saja.

penat menunggu selama 1 jam sehingga punggung pun terasa leper @ rata sudah (bak kata roomie saya), kami mengambil keputusan untuk menunggu bas berdekatan dengan wisma. sampai dekat wisma, nasib kami baik coz baru saja sampai di wisma, sudah ada bas yang datang.

bermula la hari ditemani orang-orang yang baik..

1. pak cik yang memandu van
~ van pak cik ini lah yang kami naik untuk sampai ke destinasi. pak cik ini peramah walaupun muka dia nampak macam bengis saja..sepanjang perjalanan, pak cik ini bercerita ja dengan kami.  kebetulan pula pak cik ini pernah menetap di Sabah.

2. pak cik keja di parkson
~ sampai di parkson, saya amatlah terkejut melihat keadaan di dalam bangunan tersebut coz lif tidak berfungsi. sudahlah x berapa familiar dengan tempat ini..aduh! nasib baik ada pak cik ini. dapat juga kami berjumpa dengan lif itu.alhamdulillah.lepas tanya & dapat jawapan, kami terus jalan,tapi sebelum itu ucap terima kasih dulu. tQ pak cik!^^

hmm..actually ada 2 org lagi orang yang baik kami temui hari itu, tapi memandangkan jari2ku ini malas sudah, so, terpaksa la saya berhenti di sini sahaja.^________^