Blogger Templates

Friday, August 26, 2011

perkara yang melemahkan semangat..

tit tot..
assalamualaikum..

hari ini 26 ogos 2011, akanku ingat dalam ingatan kerana satu perkara saja..walaupun SATU perkara, sudah cukup melemahkan semangat saya untuk balik raya dan membuatkan saya bartukar dari kurang ceria kepada lebih lebih kurang ceria..ya la, saya bukanlah seorang yang periang macam orang lain..hoho..

apakah satu perkara yang membuatkan saya lemah semangat itu???
bukan pasal saya jumpa "H" atau saya ternampak siput pandai jalan laju..bukan2..ok, dipendekkan cerita ya..

dua perkara yang menggangu emosi saya:

1. harga tiket yang melampau2..

semalam saya terima panggilan dari abah saya, dia tanya saya pasal tiket balik raya ini..ya la, tolak hari ini tinggal 3 hari ja lagi para muslimin & muslimat akan menyambut hari raya..mahu tahu ka berapa harga tiket saya??RM 500 untuk 1 way saja...salah saya juga sebab lambat2 beli tiket..sekarang ini, pandai pula merungut..padan muka..
aduh!mampus aku..kalau lah saya beli return, gerenti tidak makan la saya untuk beberapa bulan & akan dimarahi oleh abah saya..tduit untuk beli tiket itu bukan duit saya, so kenalah jimat2 juga..abah saya bukannya kaya macam bill gates atau sultan brunei..lagipun, itu duit dia, so saya tidak boleh lah selalu membebankan parents saya..

hmmm...nasib2..susah juga kalau belajar jauh2 ini.kalau belajar di tempat sendiri, merungut juga..kononnya bosan la asyik terperap di negeri sendiri saja..apatah lagi kalau belajar di negeri orang..ambil contoh yang dekat lah, sarawak. baru sarawak.(sabah-sarawak)..kira ok la.. daripada menimba ilmu di negara mat salleh..lagi matai..

pengajaran: kalau tahu mahu balik itu, rancanglah perjalanan itu baik2..jangan beli tiket last minit <bak kata pensyarah saya>




2. melawat tempat menggerunkan??
petang semalam, saya text abah saya..saya mahu minta izin dia untuk beli tiket untuk balik sarawak..bayangkan, setiap hari saya akan menziarahi laman air asia, mas, mas wings untuk buat comparison mana satu lebih murah..our message (father & daughter):

me: abah, tiket 4hb habis sudah...yang ada pun 3hb..boleh ka??
abah: hmm...2 hb kita mahu p jalan2 nie..
me: ow...
abah: u balik lah 5 hb
me: mana boleh..5hb itu kuliah sudah
abah: tidak apa, pontenglah..nanti tulis surat
me: tidak mahu la..ini bukan macam sekolah..
abah: suka hati kau..

pening kepala lepas mesej ngan abah..dalam dilemma ini..mahu balik 3hb (sabtu), 4hb (ahad), @ 5hb (isnin)
kalau balik 3 hb, saya kena transit pergi bintulu..lama pula transit itu..
4hb pula, tiket mahal..malam baru sampai hostel
5hb, hari kuliah..kalau tidak hadir kuliah, siap la...nanti date ngan HEP..

last2, saya tidak tahu mahu buat apa...tiba2 saja kaki saya melangkah ke tempat yang menggerunkan..bincang punya bincang, saya tidak dibenarkan untuk balik 5 hb..so, sekarang ini tinggal dua pilihan lah..(3/ 4)..masih berfikir lagi ini...aduh!!susah betul..


apa pendapat kawan2??mana satu patut saya beli??
ok la itu sahaja yang mampu saya tulis..

Sunday, August 14, 2011

angin menderu...

tit tot...
assalamualaikum semua..

jam sudah menunjukkan pukul 1.32 AM. tapi mataku masih juga bersemangat..walaupun mata belum mengantuk, kepala ini sudah tergoda oleh bantalku dan katilku..namun,aku tetap belum tidur kerana emosi yang kurang stabil dan diserang oleh banyak assignment yang banyaknya macam platun semut-semut di dunia ini.. ish3..hiperbola betul la.

      entri ini tidaklah memberi pengetahuan kepada pembaca2, just luahan hati saya saja. ya la, tidak tahu & tidak mahu luahkan dengan sesiapa kan.. terpaksalah luahkan dengan blog yang tidak bernyawa ini. 

baiklah..masalahnya adalah saya berasa geram dengan Mr M sebab dia telah memberikan harapan yang tidak pasti kepada saya. saya faham dia itu busy 24/7.janganlah janji mahu ajak saya keluar kalau dia tahu dia itu busy. saya betul2 rasa kecil hati dan geram jugalah bila orang itu janji mahu keluar tapi last minit cancel pula.sudahlah saya sanggup batalkan plan saya untuk keluar dengan kawan saya semata-mata demi dia.haish! tidak tahu untung betullah orang2 macam ini. bila dia sms, saya reply pendek2 saja sebab angin sudah bertiup dengan kencangnya. lepas itu, saya siap minta dia tinggalkan saya lagi..huh!langkah yang amat "bijak"!

          nasihat saya, kalau anda menghadapi masalah dengan pasangan anda, jangan biarkan emosi mengawal pemikiran anda. just biarkan hal tersebut berlalu. esok lusa okay lah 2..

tips-tips menghadapi sindrom angin menderu:
1. dengarlah lagu kegemaran anda ataupun lagu2 yang menenangkan
tadi semasa saya tengah hot, saya dengar lagu ini
- nadhira (tear us apart)
- the click 5 (don't let me go)

2. minum air sejuk banyak2..rasionalnya supaya dalam hati pun sejuk..haha!!

3. log in to facebook..chat la dengan kawan2 anda..post something yang anda rasa boleh tarik ramai pengomen yang tidak bersijil

4. makan! yeah!makan saja apa yang ada di atas meja itu..tapi jangan sampai telan pil ya..

5. tengoklah movie korea..tengok muka pelakon2 korea yang handsome2 & comel2 belaka itu

kalau masih juga tidak okay, lebih baik tidur sajalah..kalau esok2 tidak okay juga, berdoa sajalah ya..^_^



perkara-perkara yang saya sedari sejak kebelakangan ini:
- walau macam mana sekalipun kita berusaha menjaga perasaan orang lain, orang itu tidak akan pernah menghargai apa yang telah kita lakukan. sebaliknya, perasaan kita yang terabai dan terluka

- time sudah couple, terasa mahu single balik. tapi kalau time single, rasa sunyi pula. lepas itu, cakap macam ini " kan bagus kalau saya ada bf". ish3..manusia2

-semasa kita berada dalam kesusahan, time inilah kita boleh lihat siapa kawan suka & duka dan berapa ramaikah kawan yang sebegitu

- menjaga sesuatu hubungan itu tidaklah mudah, terutamanya boy-girl relationship..

- dalam hubungan percintaan, kalau kita buat salah sikit saja pun akan menimbulkan konflik..so, berhati2 lah di jalan agar hubungan itu berkekalan & terpelihara

taip blog ada masa pula, tapi tiada masa untuk buat assignment..aduh! apalah mahu jadi dengan saya ini???
jangan jadi seperti saya ya...^^
ok lah..saya mahu tidur dulu ya..nanti tidak terbangun pula untuk bersahur..selamat malam semua..
 kepada para muslimin & muslimat:
      selamat menjalani ibadah berpuasa..

Thursday, August 4, 2011

hari keempat berpuasa..

tit tot..
assalamualaikum semua..

pertama sekali sy ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi kaum muslimin dan muslimat..
pejam celik,pejam celik..hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa..so, macam mana kamu jalani ibadah puasa tahun ini?adakah ianya lebih bermakna ataupun sebaliknya??

sebenarnya, sy ingin meluahkan perasaan yg agak cekewa ini..begini ceritanya ya..hari ini, sy tidak pergi ke Bazaar Ramadhan..sebab sy sudah plan berbuka di kafe dengan kawan2..(Miss E & Miss Pinky)
sudahkah petang ini hujan, tapi sy bersyukurlah juga coz x la sy berasa panas and berpeluh macam baru balik dari sauna..pas2, hujan pun tidaklah lebat sangat..jam 6.30 pm, kami bertiga pun mulalah mengheret kaki pergi ke kafe kampus ini..excited ini mahu berbuka puasa d kafe,hmm...sekali tengok..waseh!!panjangnya barisan..even pelajar yg x puasa pun sibuk jg berbaris..tolonglah consider orang-orang yang berpuasa nie..adeh!x cukup ngan barisan yg mengalahkn perbarisan 2, menu yg disediakn pun x memuaskan..macam tiada selera ja mahu makan lepas tengok menu 2..
 " menu hari ini: nasi ayam steam & roasted"..inilah yg tertulis di papan putih dekat kaunter kafe..aduh!sedihnya..time ini barulah rasa menyesal coz x pergi bazaar..& mahu pulang ke rumah berbuka puasa bersama family..

keistimewaan berbuka puasa bersama family:
~x perlu memeningkan kepala mahu makan apa untuk berbuka coz cuma perlu cakap ja ngan mummy apa yg sy mahu makan..hehe..
~ x perlu keluarkan duit, parents yg keluarkan duit..fuh!save duit sy..
~dapat bergosip sekejap time berbuka 2...hehe...

so, kesimpulannya sy berbuka tadi makan nasi + ayam masak kari + sayur..minuman pula sky juice super not sweet la..

hmm..rasanya sampai di sini sajalah sy merepek..x tahu mahu taip apa sudah ini..mata pun layu sudah & katil pun memanggil2..selamat malam semua..jangan lupa bangun sahur ya..

selamat menjalani ibadah puasa..^^